Saturday, August 12, 2017


Alhamdulillah...

Aidilfitri abnaa-karim.. di Johor bersama ummi ayah, di Kelantan, di KL, juga di Makassar..

barakallahu fikum jami'an.. kullu 'am wa antum bikhair..

terima kasih Huda yg compile all the pictures..so nice!


Alhamdulillah, ila pegi Acheh..bermusafir melihat kebesaran dan keagungan Allah..




Saturday, July 11, 2015

Fourteen become more-teen

Bismillah..

Time flies so fast... Alhamdulillah thanks Allah for grant us more family member..

Abg Amir
Kak Ida
Kak Maira
IqOh
Ecah
...and so on after this..

Alhamdulillah thanks Allah...

Luv, kakmah~

Tuesday, February 14, 2012

MESYUARAT AGONG PEMULAAN KOPERASI MASJID

Mesyuarat agong berkenaan telah diadakan pada Ahad 12 Februari 2012 jam 9.00 malam di Dewan Sekolah Agama Taman Sri Pulai. Seramai 60 orang ahli kariah Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) Taman Sri Pulai telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tn Hj Hasan bin Mohamad Penyelaras Masjid dan Surau daerah Kulaijaya, Tn Hj Shaari bin Chin Penggerak Masjid/Surau DUN Senai dan En Sahid bin Ammun Pegawai  Pembangunan Koperasi Johor bahru juga turut hadir.

Dalam ucapan aluannya, Dr Karim bin Deraman selaku Pengerusi MIAB telah menjelaskan tujuan mesyuarat agong diadakan adalah untuk menubuhkan Koperasi MIAB. Beliau berharap dengan adanya Koperasi, beban tugas MIAB untuk mencari dana dan kewangan AJK MIAB akan dapat dilaksanak koperasi manakala AJK MIAB pula dapat menunpukan kepada aktiviti mempertingkatkan kualiti iman ahli kariah.

Sementara itu, En Sahid bin Ammun pula menerangkan serba sedikit tentang koperasi. Menurutnya, konsep koperasi mestilah sentiasa diikuti dan mematuhi setiap Akta Koperasi 1993. Beliau menegaskan bahawa mereka yang memasuki koperasi hendaklah masuk dengan ikhlas. Elakkan masuk koperasi hendak mendapatkan keuntungan semata-mata. Penyertaan dalam koperasi adalah dengan sukarela dan tiada unsur paksaan.


 

 

 







Tuesday, January 31, 2012

Life distress

salam wbt..

Rasanya dah lama blog ni menyepi tanpa apa-apa berita. Aman pun saja tak tahu nak buat apa-apa, saja nk mengedik kacau blog kita ni.. hehe.. rindu? tapi takkan lah kot. LOL.

Semakin hari, semakin besar kita. Obur pun dah ke sekolah. Semakin jauh kita bertebaran diseluruh pelusuk alam. Alam dunia yang sama besarnya 100 tahun lepas, tapi semakin rapat hubungan antara satu sama lain dek kerana teknologi. Kerana itu jugalah, ada beberapa mufassirin menafsirkan bahawa hikmah Nabi kita, Muhammad s.a.w. the only Rasul given to all of us, because the world has been decreased in size. Size in terms of connection between us. Something happen to Malaysia, within a few second, a single individual in Czech Republic can explain it. Thank to the technology.

And everything changes, regardless what contribution you made for it. And so does the kehidupan. Kadangkala kita merasa susah, lemah dan tak bermaya untuk berhadapan dengan perubahan itu, kadangkala kita bergembira dengan perubahan yang tak disangka-sangka. Lulus exam, dapat angpau daripada adik beradik, then tetiba kereta eksiden, jatuh sakit dan sebagainya.

Dan ummi selalu sebut, 'kita hanya mampu buat kerja kita, kerja Allah biarlah Allah buat. usaha semampu boleh dan tawakkal.' Tapi, eleh cakap bolehlah, nanti kena baru tahu.. memang payah.. Dan when we ponder upon it, kita akan merasa, itu semua susah kerana kita meletakkan dunia ini sebagai segalanya, instead of what we should - Dunia hanya lah bekalan untuk akhirat kelak-. thats a true Muslim.

Namun, menjadi satu kesalahan juga kepada kebanyakan 'Muslim', yang merasa semua ini adalah takdir Tuhan tanpa ingin berusaha kepadanya. Ataupun mereka merasa kecewa selepas apa yang dibuat tidak membuahkan hasil, lalu menyalahkan takdir Yang Maha Esa. Lalu mereka lupa kebergantungan mereka kepada Allah s.w.t. Dan jadilah mereka manusia yang gagal dalam ujian keimanan mereka. Nauzubillah.

Walaupapepun, semoga Allah merahmati kita dan terus memberi petunjuk kepada kita untuk terus berada di siratulmustaqim. Jalan yang lurus yang tiada sesiapa pun tahu, yang dipenuhi dengan orang-orang yang ikhlas kepada Allah. Ameen.

Insomnia, ugly weather (-10 celcius), salji yang licin, semua tu tak best pun, seriously.

Sunday, May 29, 2011

adik Obu accident

bismillah..

Sabtu lepas (28Mei2011) adik Obu ditabrak oleh sebuah kereta (proton iswara).. ummi ayah n anak2 lelaki pegi ngele, on da way balik tu singgah masjid MIAB utk solat zohor. bila semua dah lepas, tinggallah Obu yg last melintas jalan.. kereta tu jauh lagi (jarak rumah mcik linda dgn rumah mcik sharifah liza). tiba-tiba dum...da terpelanting dan terperosok si kecik tu ke bawah kereta yg langgar dia (depan je, x sampai dalam).. dagunya luka, dan dia dalam keadaan sujud, so xde la byk area yg tercedera.. ummi cepat2 angkat dan peluk adik Obu yg 'terkejut'.. speechless budak tu..huhu..
dan ayah serta abdul2 yg lain pun berpaling dan turun semula melihat keadaan Obu.. ayah marah juga pemandu tu n ayah ugut nk report.. merayu2 budak tu n ibunya supaya ayah tak report polis..huhu.
the driver is a boy, 16 years old, have no driving license.. ms dia langgar tu, he brings along his friends (Obu cakap budak jahat, sebab pakai rantai..huhu..nilaian kanak2 sebesar Obu) at the back and his mom as co-pilot.. mak dia backing la ckp mmg mak dia yg minta budak tu drive, sbb maknya tak cekap drive kete 'besar' kat jalan kecil mcmtu (area batai 6, 7, and so on).. ummi terus ckp kt mak dia: sebab cekapla bawak laju mcm ni ye..huhu
after that, ayah and the boys (ajik, amin n Oyum) terus ke masjid n solat.. dan ummi drive kete ayah bawa balik Obu (ummi ckp x bawa Obu gi klinik sebab Obu x nak, dia nak balik rumah..nak balik rumah je).. jadi, lepas ayah balik dr masjid, br bawa Obu gi klinik norila, cuci luka and so on.. should be x-ray his abdoment, but there's no such equipment at the clinic, so they go to klinik puteri (at sri puteri), tp tutup pula.. so ayah decide utk ke klinik utm..next day..
alhamdulillah, Obu becomes better.. mlmnya dia dah boleh bcakap, bergurau and so on as usual.. his word yg comel :: lepas ni kena berhati-hati.. kalau kereta slow, kita kena lari (crossing) laju-laju.. kalau kereta laju, kena tunggu dulu, baru lari..hihi.. (gelak dalam hati je, sebab Obu baru je baik)..hehe

abnaa-karim sila doakan kesembuhan adikmu tercinta itu...syafahallah~!

sekian.. ^_~

Tuesday, March 15, 2011

2011

assalamu'alaikum permata-permata abnaa-karim!

semoga sentiasa bersemangat, ceria dan sihat! maaflah, setelah 3 bulan 2011 menjengah, baru kali ini entri untuk tahun ini muncul..sibuk deh, huhu..maaf ya!

sekadar update beberapa kisah terbaru.. (expecially buat kekanda A1 yang selalu tertinggal berita..huhu)

1- insyaAllah tahun ini seramai 3 orang yang akan menduduki peperiksaan besar: A8 Asmaa Sasabiila (SPM), A9 Abdul Halim (PMR) dan A11 Amiratul Huda (UPSR).. semoga kita boleh saling me'nyupport' iela, alem dan huda.. teruskan doa-doa kita buat mereka, supaya sentiasa bersemangat untuk belajar, dan seterusnya menghadiahkan keputusan yang cemerlang buat ummi dan ayah tercinta.. do fight it, dear!!

2- alhamdulillah, 23 Feb 2011 yg lepas ummi dan ayah dah beli kereta 'baru' (second hand, but not bad!). kenari autosport, warna hitam. WPG7975. buat masa ni, kakmah guna dulu ya! bawa pergi lab..dun worry, yg dah ada lesen nnt kita boleh pass-pass..

3- konvokesyen.. insyaAllah 27 Mac ni kakmah konvo. ijazah sarjana.. kepada abnaa-karim yang boleh pulang, balik la.. i miss you all so much! nak sangat amik gambar dgn jubah tu sama-sama..

4- kesihatan aiem..hurm, yg ni masing-masing mesti doakan sungguh-sungguh.. supaya aiem tersayang terus sihat..buat aiem, jaga kesihatan baik-baik..jgn lasak2.. ya, kalau mmg x sayang kitorg, terserah kamu deh..

ok, rasanya cukuplah dulu update kisah2 kita buat masa ini..terus titipkan hembusan doa kalian buat anugerah keluarga kita yg harmoni ini..ameen!

Tuesday, November 9, 2010

GOOD LUCK !!

Assalamu'alaikum!

entri ini mahu mengucapkan GOOD LUCK dan SELAMAT BERJUANG dgn jayanya buat saudara-saudara se-ummi se-ayah yang bakal menempuhi perujian masing-masing...this special wish and pray goes to....

Afifah Sofiyyah Karim - dgn final exam for semester 7 (Bach. quantity surveyor)..
Ainul Kauthar Karim - dgn final exam for semester 3 (Bach. fiqh fatwa)..
Abdul Rahim Karim - dgn final exam for semester 3 (dip.kesihatan haiwan)..
Abdul Aziz Karim - SPM Sijil Pelajaran Malaysia (starts from 23 Nov onward)..
Asmaa Salsabiila n Abdul Halim Karim - final year exam..
Abdul Muhaimin Karim - exam Darjah 6 (special exam)..
and 
not forgotten Kak Mah for her M.Sc viva presentation on 24 Nov..
also..
Abg Kim and Aman for their ongoing life..(uiks, kalo exam roger deh!)

do pray for our success, insyaAllah...do our best !!

Gambatte Kudasai..fight-o-oh..!!!

Sunday, October 31, 2010

Happy Anniversary, Ummi & Ayah..

31 Oktober 1982 -- 31 Oktober 2010


buat ummi dan ayah tercinta, SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN dari anak-anak kalian.. Semoga keharmornian dan kebahagiaan ini Allah kekalkan sehingga kita dikumpulkan di syurga-Nya nanti, insyaAllah..

Ummi & Ayah,
terima kasih yg tidak terhingga atas segala kasih, cinta, biaya, ingatan, segalanya yang telah kalian curahkan buat kami..insyaAllah ia akan menjadi saham termahal buat kami untuk membesar sbg anak-anak kalian yg soleh solehah..ameen.

we love you both soooo much!!

"ya Allah, ampuni dan kasihilah kedua ummi ayah kami sebagaimana kasihnya mereka pada kami dan kurniakanlah ganjaran terbaik buat mereka".

Thursday, October 14, 2010