Tuesday, February 14, 2012

MESYUARAT AGONG PEMULAAN KOPERASI MASJID

Mesyuarat agong berkenaan telah diadakan pada Ahad 12 Februari 2012 jam 9.00 malam di Dewan Sekolah Agama Taman Sri Pulai. Seramai 60 orang ahli kariah Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) Taman Sri Pulai telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tn Hj Hasan bin Mohamad Penyelaras Masjid dan Surau daerah Kulaijaya, Tn Hj Shaari bin Chin Penggerak Masjid/Surau DUN Senai dan En Sahid bin Ammun Pegawai  Pembangunan Koperasi Johor bahru juga turut hadir.

Dalam ucapan aluannya, Dr Karim bin Deraman selaku Pengerusi MIAB telah menjelaskan tujuan mesyuarat agong diadakan adalah untuk menubuhkan Koperasi MIAB. Beliau berharap dengan adanya Koperasi, beban tugas MIAB untuk mencari dana dan kewangan AJK MIAB akan dapat dilaksanak koperasi manakala AJK MIAB pula dapat menunpukan kepada aktiviti mempertingkatkan kualiti iman ahli kariah.

Sementara itu, En Sahid bin Ammun pula menerangkan serba sedikit tentang koperasi. Menurutnya, konsep koperasi mestilah sentiasa diikuti dan mematuhi setiap Akta Koperasi 1993. Beliau menegaskan bahawa mereka yang memasuki koperasi hendaklah masuk dengan ikhlas. Elakkan masuk koperasi hendak mendapatkan keuntungan semata-mata. Penyertaan dalam koperasi adalah dengan sukarela dan tiada unsur paksaan.


 

 

 







2 comments:

  1. ahha..ayah salah post ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. aik? ayah nk post kt blog masjid die la tu kot ni.

    ReplyDelete